 |
| jalan-jalan di london road sambil berposing |
so my very first trip in Europe began here, in London. Awal pagi dah bangun ready sebab bas from sheffield coach station to Victoria coach station, london pukul 7.30 pagi, kalau tak silap. kitorang gerak in a group of 18 people. sampai di stesyen bas group yang pegang tiket tak sampai lagi and bas lagi 5 minute nak gerak. 30 minit berlalu and group tersebut baru sampai T.T. we missed the bus. Agak bengang tapi benda dah nak jadi, so our next plan was to buy a new one way ticket sebab tiket balik dah ada. cek online, bam! 20 pound something tak silap. k. semua macam fikir terpaksa la beli kalau tak semua plan habis and tiket balik burn macam tu je. then someone came out with a better solution which is cuba tanya boleh tak nak tukar masa tiket yang dah terlepas tadi. diorang call syarikat bas which is national express, and jawapan dia.....boleh! tapi kena cas 6 pound which is much cheaper than 20 pound right? so kitorang proceed dengan plan tu. tiket baru pukul 1230. so tunggu la kat situ berjam jam sebab nak balik rumah agak jauh. aku and paan ambil keputusan jalan2 kat london road. London Road kat sheffield ni famous sebab banyak gila restoran halal macam subway, persian, mexican etc. Pukul 1230 kami pun naik bas and dengan excitednya tengok scenery highway kat uk yang tak ada tol ni. cantik. banyak kincir angin yang membuatkan kita rasa macam dekat belanda. perjalan memakan masa 4 jam. naik bas memamg memabukkan sebab, entah kat sini teksi, bas semua mabuk kalau naik. maybe sebab ventilation dia tak macam kereta kat malaysia yang buka aircond sejuk yang menyamankan tu.
 |
| Hyde Park |
 |
| dari kiri: ridhaa, paan, asyraf, asyraf |
sampai di london dah agak nak malam dan kawan-kawan dari brunel university dah tunggu kami. aku dan beberapa orang lagi berpecah ke group yang lebih kecil sebab lagi mudah nak jalan dan lagi laju. so first destination was malaysia hall. sebab tujuan utama ke london ni sebab nak hantar borang kepada JPA di situ. aku dan group kecil tadi berjalan kaki dari victoria tube station ke malaysia hall. agak jauh tapi sebab nak jalan jalan so tak kisah. on the way ke sana kami kena melalui Hyde Park. park ni agak famous sebab memang sangat besar dan sangat cantik. macam dekat wonderland. so first must visit place checked. plan asal nak tidur di malaysia hall tapi dah full. so kami tidur di rumah kawan kawan di Brunel University. cantik university ni sebab dia campus university tak macam uni of sheffield. lepas selesai hantar borang kami solat di surau malaysia hall. then makan di kantin malaysia hall. MALAYSIAN FOOD!! yeay. selepas itu perjalanan diteruskan ke big ben, london eye, tower bridge dan beberapa lagi tempat. dekat depan bigben kalau ada jumpa group yang pakai costume shrek atau apa-apa pun yang ajak bergambar, JANGAN ambil gambar dengan diorang sebab nanti diorang paksa bayar mahal-mahal. haritu kitorang dia mintak 20 pound.
 |
| hujan renyai-renyai di london eye |
esoknya misi seterusnya ialah pergi sebanyak mana tempat-tempat menarik di London sebab tiket bas balik ke sheffield pukul 5 petang(if im not mistaken). so aku stay dalam group kecil semalam agar perjalanan lebih pantas dan lagi banyak tempat boleh pergi. first destination, wembley stadium. home for england football team. besar dan cantik. tapi tak masuk pun sebab kalau nak tour stadium masa tak cukup dan kena bayar.
 |
| Wembley Stadium |
next destination, King's Cross Rail Station. Tarikan disini ialah kat sini filem Harry Potter ada buat penggambaran untuk beberapa scene. antaranya scene first time Harry nak ke Hogwart. Pergi sini semata mata nak ambil gambar. kena beratur memang panjang tapi ok la. best. dekat sebelah trolley tu ada kedai jual barang-barang harry potter yang agak mahal juga. Nak ambil gambar tidak memerlukan apa-apa bayaran.
 |
| Platform 9 3/4 |
next destination, oxford street. first sekali cari makanan sebab dah lapar gila. then jumpa 1 restaurant cina halal. nasi plus 2 topping 5 pound. kalau nak dibanding dengan harga makanan di sheffield memang mahal tapi standard la harga dekat bandar kan. bandar tumpuan dunia lagi. dekat oxford street ni memang heaven kalau nak shopping. hampir semua brand ada. tapi memandangkan datang sini nak jalan-jalan so malas nak shopping. tak ada gambar kat sini sebab tak ada tempat menarik melainkan kedai topman, primark, uniqlo etc.
so then we went to buckingham palace. dengan niat yang berkobar kobar excited nak ambil gambar dengan guard pakai topi tinggi tu, kitorang gerak naik tube. kat london nak kemana mana senang naik tube. maximum rate is 8 pound per day maknanya kalau nak pusing satu london tu sehari 8 pound je maksimum tambang yang dikenakan. so kalau nak jimat sehari tu travel banyak-banyak tempat. sampai di buckingham palace, first benda nampak ialah park yang sangat cantik dengan kerusi untuk orang berjemur yang banyak. kalau nak duduk kena bayar. sampai di buckingham palace kecewa sebab guard tu tak ada. sebab sekarang turn askar singapore yang jaga istana tu. hmm
 |
| Buckingham Palace |
 |
| Buckingham Palace dan Acaps |
our next and last destination is, emirates stadium. naik tube kena turun di station Highbury,then sambung jalan kaki 15 minit. cantik stadium ni. tapi sayang im not arsenal fan. haha,
disebabkan masa tak mengizinkan, so kitorang tak masuk pun untuk tour stadium. just ambil gambar, borak-borak dengan stranger from france, then beli buah and coffee and lepas tu naik tube ke victoria coach station. Dan seterusnya goodbye london. see you in December. Can't wait for winter vacation. Spain. Espanyol. Espana